BAHAGIAN / SEKSYEN
- PENASIHAT UNDANG-UNDANG
- BAHAGIAN PENASIHATAN DAN TADBIR URUS (BPT)
- BAHAGIAN GUBALAN UNDANG-UNDANG DAN TATATERTIB (BGT)
- BAHAGIAN GUBALAN KORPORAT (BGK)
- BAHAGIAN GUAMAN (BGU)
PENASIHAT UNDANG-UNDANG
Fungsi:
- Memberi khidmat nasihat kepada Universiti dalam hal undang-undang.
- Menghadiri mesyuarat besar Universiti sebagai ahli tetap / ahli ex-officio / ahli yang turut hadir.
- Menasihati Universiti mengenai tafsiran peruntukan dalam undang-undang /peraturan yang diguna pakai oleh Universiti serta keputusan Penghakiman yang Mengikat.
- Menasihati Pihak Berkuasa Universiti mengenai fungsi dan tugas yang diberikan kepada mereka.
- Mewakili Universiti dalam perbincangan isu perundangan yang melibatkan Universiti di peringkat Kementerian atau agensi lain.
- Membantu Universiti dalam urusan perancangan, penggubalan dan penyediaan dokumen dan laporan undang-undang.
- Menasihati Universiti mengenai hartanah (pembangunan projek Universiti / hak guna tanah), perlindungan dan pengurusan harta intelek dan pengkomersilan.
BAHAGIAN PENASIHATAN DAN TADBIR URUS (BPT)
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Fungsi:
- Mengurus hal ehwal pentadbiran pejabat.
- Mengurus hal ehwal kewangan, perolehan dan pelupusan aset/inventori.
SEKSYEN PENASIHATAN DAN TADBIR URUS
Fungsi:
- Memberikan khidmat nasihat kepada Universiti berkaitan hal ehwal perundangan.
- Membantu mentafsir peruntukan undang-undang yang dirujuk oleh Universiti.
- Ahli Mesyuarat Utama Universiti (ahli tetap/ahli ex-officio/ahli turut hadir).
- Menyediakan penyelidikan atau kajian berkaitan undang-undang apabila dikehendaki oleh Pihak Universiti.
- Menasihati Pihak Berkuasa Universsiti berkaitan fungsi dan kewajipan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Universiti.
- Mewakili Universiti dalam perbincangan isu-isu perundangan di peringkat Kementerian atau agensi lain.
- Menyertai rundingan perjanjian bersama pihak-pihak berkepentingan dengan Universiti. Menasihati Universiti dalam hal-hal harta intelek dan pengkomersilan.
- Mengurus penyediaan dokumen atau maklumat berkaitan undang-undang untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Mesyuarat Senat dan pelbagai mesyuarat lain.
- Membantu memastikan pelaksanaan fungsi dan proses di setiap Pusat Tanggungjawab adalah mematuhi peruntukan undang-undang.
SEKSYEN HARTA TANAH
Fungsi:
- Mengurus hal ehwal perundangan berkaitan harta tanah Universiti (pajakan/pajakan kecil/strata dll).
- Mengurus rekod-rekod perundangan berkaitan harta tanah (dokumen perjanjian/geran pemilikan tanah/ surat-menyurat dll.
BAHAGIAN GUBALAN UNDANG-UNDANG DAN TATATERTIB (BGT)
SEKSYEN GUBALAN UNDANG-UNDANG DAN DASAR
Fungsi:
- Mengurus usaha-usaha berkaitan gubalan undang-undang / dasar / peraturan.
- Membuat semakan undang-undang terhadap kertas cadangan yang hendak dikemukakan ke Jawatankuasa Eksekutif.
- Mengkaji, menyemak , mencadang dan meminda peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam undang-undang tubuh Universiti supaya selaras dengan AUKU.
SEKSYEN TATATERTIB
Fungsi:
- Menguruskan prosiding tatatertib staf dan pelajar dan penyediaan dokumentasi termasuk prosiding rayuan tatatertib.
- Menguruskan selia mesyuarat Pihak Berkuasa Tatatertib.
- Menguruskan rekod dan data tatatertib.
- Melaksanakan tindakan atau arahan pentadbiran lain sebagai ganti tindakan tatatertib.
- Menyelaras pemakaian undang-undang dan peraturan berkaitan etika tatatertib staf dan pelajar.
SEKSYEN LITERASI UNDANG-UNDANG DAN ICT
Fungsi:
- Membangun dan mengemaskini laman sesawang Pejabat.
- Menyelaras pelaksanaan program latihan untuk meningkatkan literasi undang-undang dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Kompetensi.
- Menyelaras keperluan pembangunan sistem berkomputer di Pejabat.
BAHAGIAN GUBALAN KORPORAT (BGK)
SEKSYEN KERJASAMA KORPORAT
Fungsi:
- Membuat semakan kepada dokumen MoU/MoA / NDA / LOI.
- Mengadakan perundingan dengan pihak luar mengenai terma-terma dan syarat-syarat MoU dan MoA demi kepentingan universiti.
SEKSYEN UNDANG-UNDANG KONTRAK
Fungsi:
- Melaksanakan tugas perundingan dan penasihatan dalam penyediaan perjanjian/ kontrak antara universiti dengan pihak berkepentingan lain.
SEKSYEN UNDANG-UNDANG KORPORAT
Fungsi:
- Melaksanakan tugas perundingan dan penasihatan dalam penyediaan berkaitan perjanjian harta intelek dan syarikat terbitan universiti.
BAHAGIAN GUAMAN (BGU)
SEKSYEN LITIGASI SIVIL
Fungsi:
- Menguruskan notis tuntutan / kes saman di Mahkamah melibatkan Universiti.
- Menghadiri Mahkamah sebagai wakil Universiti dalam kes-kes litigasi sivil melibatkan Universiti.
- Menguruskan rundingan dengan pihak bertentangan bagi penyelesaian kes di luar Mahkamah.
- Mengkaji dan memperakui tuntutan bil Panel Peguam.
- Menyelia prestasi Panel Peguam Universiti dan membantu Panel Peguam dalam penyediaan isi kandungan pliding Mahkamah.
SEKSYEN TUNTUTAN PENGHUTANG
Fungsi:
- Mengendalikan kes-kes pecah kontrak.
- Menguruskan proses akhir tuntutan hutang yang gagal dikutip di peringkat PTJ melibatkan staf / pelajar / pihak luar.
- Urus setia Jawatankuasa Rayuan Ganti Rugi Cuti Belajar.
SEKSYEN SIASATAN TATATERTIB PELAJAR
Fungsi:
- Mengurus sesi siasatan tatatertib pelajar.
- Menyediakan laporan dan syor siasatan untuk pertimbangan urus setia Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar.