Skip to main content

Soal Jawab Lazim (FAQ)

  • Tiada buat masa sekarang.

     

  • SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

    Tiada buat masa ini.

     

    SEKSYEN PENASIHATAN DAN TADBIR URUS

    Tiada buat masa ini.

     

    SEKSYEN HARTA TANAH

    Tiada buat masa ini.

  • SEKSYEN GUBALAN UNDANG-UNDANG DAN DASAR


    1) Apakah perbezaan antara Seksyen Gubalan Undang-undang dengan Seksyen Gubalan Undang-undang Korporat?

    Seksyen Gubalan Undang-undang bertanggungjawab terhadap hal ehwal semakan dan penggubalan dokumen undang-undang atau legislatif UTHM seperti perlembagaan, statut, kaedah, peraturan, garis panduan, dasar atau polisi manakala Seksyen Gubalan Undang-undang Korporat bertanggungjawab terhadap hal ehwal semakan dan penggubalan dokumen perundangan UTHM yang berkaitan MoU / MoA, kontrak bekalan, perkhidmatan dan sebagainya.

     

    2) Bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan menyemak draf dokumen garis panduan, dasar atau polisi yang telah disediakan oleh Pusat Tanggungjawab?

    Arahan semakan dokumen perundangan hendaklah dibuat melalui Borang Semakan Dokumen Perundangan (UTHM/PUU-11/2017 Pindaan 1).

     

    SEKSYEN TATATERTIB

     

    1) Bagaimanakah saya ingin membuat aduan tatatertib?

    Aduan berkaitan salah laku dan tatatertib yang telah dibuat oleh staf hendaklah dimajukan kepada Unit Integriti manakala aduan salah laku atau tatatertib berkaitan pelajar hendaklah dimajukan kepada Seksyen Etika dan Tatatertib, Pejabat Penasihat Undang-undang.

     

    2) Apakah sumber undang-undang yang mentadbir prosedur tatatertib di UTHM ?

    Tatatertib staf di UTHM ditadbir di bawah Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 manakala tatatertib pelajar ditadbir di bawah Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009. 

     

    3) Apakah hukuman tatatertib yang boleh dikenakan terhadap staf dan pelajar?

    Hukuman yang boleh dikenakan terhadap staf dan pelajar adalah seperti berikut:

     

    Staf

     Pelajar

    Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

     

    (a) amaran;

    (b) denda;

    (c) lucut hak emolumen;

    (d) tangguh pergerakan gaji;

    (e) turun gaji;

    (f) turun pangkat;

    (g) buang kerja.

     

    Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009. 

     

     

    (a)   amaran;

    (b)   denda tidak melebihi satu ratus ringgit;

    (c)   dilarang berada atau memasuki mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti  bagi tempoh yang ditetapkan;

    (d)   digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

    (e)   dipecat daripada Universiti.

     

     

     

    SEKSYEN LITERASI UNDANG-UNDANG DAN ICT

    1) Bolehkah staf memuat turun dokumen-dokumen yang terdapat dalam laman web Pejabat Penasihat Undang-undang?

    Ya kerana dokumen-dokumen yang dimuat naik tersebut adalah dokumen-dokumen awam yang tidak diberi pengkelasan maklumat terperingkat.

  • SEKSYEN KERJASAMA KORPORAT 

    1) Apakah perbezaan di antara MoU dan MoA


    MoU (Memorandum Persefahaman) merupakan penyataan persefahaman antara pihak-pihak untuk bekerjasama. Pihak-pihak tidak terikat kepada apa-apa obligasi, implikasi kewangan, tanggungan atau liabiliti secara perundangan
    MoA (Memorandum Perjanjian) ialah suratcara yang mewujudkan ikatan undang-undang di antara kedua belah pihak berdasarkan kepada balasan atau beberapa janji yang dibuat. Pihak-pihak adalah terikat kepada tanggungjawab-tanggungjawab, obligasi-obligasi dan liabiliti-liabiliti yang telah dipersetujui secara bersama.

     

     

    2) Bagaimana prosedur semakan MoU dan MoA


    Pemohon perlu memajukan permohonan kepada Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat yang akan menyelaraskan semua permohonan sebelum dimajukan ke Pejabat PUU. Semakan akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja tertakluk kepada semua maklumat yang diterima mencukupi.

     

    SEKSYEN UNDANG-UNDANG KONTRAK

    Tiada buat masa ini.

     

    SEKSYEN UNDANG-UNDANG KORPORAT

    Tiada buat masa ini.

     

  • SEKSYEN TUNTUTAN PENGHUTANG

     

    1) Apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya saya belum menyelesaikan pengajian PhD semasa melapor diri bertugas ?

    Staf akan dikenakan tindakan cagaran di bawah pemantauan Pejabat Pendaftar dalam suatu tempoh yang ditetapkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, staf masih belum menyelesaikan pengajian PhD, maka kes staf akan dimajukan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang bagi tujuan tuntutan ganti rugi mengikut Perjanjian Cuti Belajar yang telah ditandatangani.

     

    2) Berapakah amaun tuntutan ganti rugi yang boleh dikenakan terhadap saya?

    Sekiranya Perjanjian Cuti Belajar ditamatkan di bawah Fasal 4 atau 5, maka tindakan tuntutan ganti rugi adalah berdasarkan amaun di dalam Jadual Keempat Perjanjian Cuti Belajar tersebut.


    (i) Jika pengajian PhD (dalam negara) adalah RM120,000.00 atau segala kos yang telah dibayar kepada staf sepanjang tempoh pengajian cuti belajar termasuk gaji, elaun, imbuhan dan juga apa-apa pembiayaan lain yang berkaitan dengan cuti belajar (mengikut mana yang lebih banyak); dan


    (ii) Jika pengajian PhD (luar negara) adalah segala kos sebenar yang telah dibayar kepada staf sepanjang tempoh pengajian cuti belajar termasuk gaji, elaun, imbuhan dan juga apa-apa pembiayaan lain yang berkaitan dengan cuti belajar.

     

     

    3) Adakah saya boleh membuat rayuan terhadap tuntutan ganti rugi tersebut ?

    Ya, boleh. Rayuan bertulis beserta dokumen sokongan perlu dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang dalam kadar yang segera dengan menyatakan alasan-alasan yang munasabah untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Ganti Rugi Cuti Belajar dan seterusnya diperakui oleh pihak Jawatankuasa Eksekutif Universiti. Rayuan hanya dibenarkan satu (1) kali sahaja kecuali atas kes-kes yang memerlukan penilitian semula.

     

    4) Siapakah ahli Jawatankuasa Rayuan Ganti Rugi Cuti Belajar ?

    Ahli Jawatankuasa Rayuan Ganti Rugi Cuti Belajar UTHM terdiri daripada kalangan staf akademik berjawatan Profesor atau Profesor Madya serta wakil Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bendahari yang dilantik secara berkala.

     

    5) Adakah emolumen saya sepanjang pengajian cuti belajar akan dituntut semula jika saya dikenakan tindakan ganti rugi ?

    Ya, akan dituntut jika staf tidak lagi berkhidmat di Universiti dan ianya dibenarkan dalam peruntukan Perjanjian Cuti Belajar. Namun. jika staf masih berkhidmat, jumlah yang dituntut hanya melibatkan kos pengajian atau jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Perjanjian Cuti Belajar sahaja tanpa mengambilkira kos emolumen.

     

    6)  Bagaimana kaedah untuk saya menyelesaikan tuntutan ganti rugi cuti belajar / STAB?

    Staf Masih Berkhidmat :

    (i)       Sekiranya staf memilih untuk membayar secara ansuran, maka akan dikenakan tindakan potongan gaji dengan kadar RM500.00 bagi 12 bulan pertama dan baki bayaran diselesaikan dalam tempoh sebagaimana jadual berikut:-

    JUMLAH TUNTUTAN GANTIRUGI

    TEMPOH BAYARAN BALIK (Tertakluk Kepada Baki Tempoh Perkhidmatan)

    * Mengikut mana Yang Terdahulu

    Tidak lebih daripada RM51,000-00

    5 tahun

    (60 bulan)

    Lebih daripada RM51,000.00 tetapi tidak melebihi RM101,000.00

    7 tahun

    (84 bulan)

    Lebih daripada RM101,000.00 tetapi tidak melebihi RM151,000.00

    10 tahun

    (120 bulan)

    Lebih daripada RM151,000.00 tetapi tidak melebihi RM201,000.00

    12 tahun

    (144 bulan)

    Melebihi RM201,000.00

    15 tahun

    (180 bulan)

    (ii) Sekiranya staf memilih untuk membuat bayaran ganti rugi secara lump sum, maka staf akan diberikan diskaun sebanyak 30% dan pembayaran perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan rayuan.

     

    Staf Tidak Berkhidmat :

      (ii)      Pilihan Pertama :

    Membuat pembayaran permulaan sebagaimana berikut :-

    Jumlah Tuntutan Gantirugi

    Jumlah % Bayaran Pertama

     

    Tidak melebihi RM101,000.00

    20%

     

    Lebih daripada RM101,000.00 tetapi tidak melebihi RM201,000.00

     

    15%

    Melebihi RM201,000.00

     

    10%

    Baki bayaran ganti rugi hendaklah diselesaikan dalam tempoh 120 bulan.

     

    (ii)      Pilihan Kedua :

    Penamamembayar secara lump sum keseluruhan tuntutan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh keputusan rayuan dan akan diberi diskaun sebanyak 30% serta pengecualian kos pentadbiran.


    6) Adakah saya perlu terus membayar tuntutan ganti rugi selepas saya berjaya memperolehi PhD ?

    Tidak Perlu. Jika staf berjaya memperolehi PhD dalam tempoh pembayaran ganti rugi, maka tindakan potongan gaji boleh diberhentikan

     

    7) Bagaimana kiraan tempoh ikatan perkhidmatan sekiranya saya menyelesaikan pengajian PhD di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh Universiti?

     

    (i)      Sekiranya staf telah dikenakan tindakan potongan gaji untuk membayar ganti rugi :-

    Staf diberi pengecualian untuk menyelesaikan baki tuntutan ganti rugi, namun dikenakan tempoh ikatan tambahan selama tujuh (7) tahun atau mengikut baki tempoh perkhidmatan (mengikut mana yang terdahulu) berkuatkuasa mulai tarikh lulus pengajian PhD tersebut.

     

    (ii)      Sekiranya staf belum dikenakan tindakan potongan gaji untuk membayar ganti rugi :-

    Staf diberi pengecualian untuk menyelesaikan keseluruhan tuntutan ganti rugi, namun dikenakan tempoh tambahan ikatan perkhidmatan berdasarkan  jumlah  tempoh  kelewatan  dan jumlah  tempoh  ikatan  dalam Perjanjian Cuti Belajar. Tempoh ikatan tambahan akan berkuatkuasa mulai tarikh staf selesai pengajian Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tersebut.



    8)  Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya enggan membayar tuntutan ganti rugi?

     Kes staf akan dimajukan kepada Panel Peguam Universiti untuk dibawa ke peringkat Mahkamah. Segala kos tindakan akan dikenakan terhadap staf.pengajian Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tersebut.

     

    9)  Adakah saya boleh dilantik semula sebagai staf jika saya telah ditamatkan oleh pihak Universiti akibat tidak menamatkan pengajian PhD atau meletak jawatan?

    Ya, boleh tertakluk kepada kelulusan pihak fakulti dan Pejabat Pendaftar. Manakala. tindakan tuntutan ganti rugi yang dikenakan akan ditangguhkan pembayarannya dan staf akan dikenakan tempoh ikatan perkhidmatan selama 10 tahun yang dikira dari tarikh mula bertugas semula di Universiti.

     

    10)  Jika kes saya telah berada di peringkat Mahkamah, adakah saya perlu membayar kos guaman kes tersebut?

    Ya, jika kes staf telah berada di peringkat Mahkamah, maka segala kos guaman akan ditanggung oleh staf / penjamin-penjamin.

     

    11)  Adakah Universiti mempunyai panel peguam ?

    Ya ada, untuk mewakili Universiti dalam tindakan kes-kes di Mahkamah.

     

     

    SEKSYEN LITIGASI SIVIL

    Tiada buat masa ini.

     


    SEKSYEN SIASATAN TATATERTIB PELAJAR

    Tiada buat masa ini.

     

 

Hubungi Kami :

Pejabat Penasihat Undang-Undang,
Bangunan A2, Aras1,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim

 

  • (+607) 453 7577 / 7523
  • (+607) 453 6021
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • WhatsApp
  • Map Direction  

 

Waktu Urusan Pejabat :   
Ahad ~ Rabu  : 8.00 am - 5.00pm
Khamis  : 8.00 am - 3.30 pm
Jumaat & Sabtu   : Tutup     

                             

PPUU UTHM

 

QS Rating

Visitor Counter


Hak Cipta © 2021 Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 
Penafian Undang-undang | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hak Cipta    

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 1024.
Dikemaskini pada 29 Januari 2024 (4R2I/IZTY), 3:00 PM.